Monday, October 12, 2009

Program Pasca Perkahwinan

PASCA PERKAHWINAN

Pengarah YPKT, En. Mohs Shafaruddin b Mustaffa bersama pengendali program Tuan Haji Ridzuan b Mohd Sagir dan Ketua Pen. Pengarah YPKT, En. Nazri b Yusof di majlis penyampaian sijil

Hulu Terengganu : Program Pasca Perkahwinan Peringkat Parlimen Setiu telah diadakan di Kenyir Lake Resort & Spa, Hulu Terengganu pada 16 Mei yang lalu. Program kali ini telah disertai lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada pasangan suami isteri yang majoriti usia perkahwinan di bawah 5 tahun.

Program selama satu hari ini dimulai dengan sesi taklimat pada jam 8.30 pagi dan berakhir dengan majlis penyampaian sijil pada jam 5.00 petang. Program telah dirasmikan oleh Pengarah YPKT, En. Mohd Shafaruddin bin Mustaffa. Turut hadir sama di majlis penyampaian sijil ialah Ketua Pen. Pengarah YPKT, En. Nazri bin Yusoff.

Program pada kali ini merupakan siri yang ke 6 pada tahun ini yang melibatkan para peserta daripada Parlimen Setiu. 5 program yang sama sebelum ini telah pun dilaksanakan di Parlimen Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu. Manakala 2 parlimen lagi iaitu Besut dan Dungun telah dijalankan pada 17 dan 18 Mei bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Besut dan Residence Resort, Paka.

Di antara objektif program ialah mengukuhkan hubungan suami isteri, memberi ilmu dan kemahiran keibubapaan serta melahirkan keluarga bahagia yang cemerlang dan seimbang. Statistik juga menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada kadar perceraian di Negeri Terengganu pada setiap tahun khususnya peringkat perkahwinan di bawah 5 tahun. Sehubungan itu, semua pasangan di Negeri Terengganu khususnya yang baru berkahwin amat digalakkan menyertai program ini

0 comments:

Post a Comment