Wednesday, December 30, 2009

Sunday, December 20, 2009


Impact Learning Resources Sdn Bhd berpindah ke premis baru. Alamat terbaru kami adalah No 17-1 (First Floor), Jalan Reko Sentral 2, Reko Sentral, 43000 Kajang Selangor.

Tuesday, November 24, 2009




SEMINAR JATI DIRI DAN INTEGRITI USAHAWAN BINAAN
Pada 14 November 2009, Impact Learning telah mengadakan program untuk Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Kerja Raya di Hotel Vistana, Kuantan Pahang. Seramai 95 kontraktor pelbagai kelas menghadiri kursus untuk bertajuk Seminar Jati Diri dan Intergriti Usahawan Binaan. Pada 16 haribulan pula kami mengadakan kursus yang sama untuk cawangan Kelantan yang bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Peserta di Negeri Cik Wan Kembang ini adalah seramai 150 orang. Selepas itu kami terbang ke Pulau Pinang, bertempat Hotel Traders. Untuk zon utara ini, gabungan negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Peserta untuk kursus ini hampir mencecah 170 orang. Rata-rata peserta berpuashati dengan kursus ini kerana banyak ilmu dan pengalaman yang baru diperolehi untuk menjadi usahawan binaan yang cemerlang. Antara modul yang diterapkan dalam seminar ini adalah pertamanya bagaimana untuk mengenal diri dan mencungkil potensi sebagai usahawan binaan. Pada sesi kedua peserta akan didedahkan dengan jati diri dan integriti sebagai usahawan binaan dengan cara menerapkan nilai-nilai spritual dalam keseluruhan aspek kehidupan. Pada sesi terakhir iaitu di sebelah petang kami memberi tips-tips dan petua bagaimana untuk menjadi seorang kontraktor yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sunday, November 1, 2009


PROGRAM TEAMBUILDING PERBADANAN PUTRAJAYA
Pada 30 Oktober - 1 November 2009, berlangsung program Team building Perbadanan Putrajaya di Impian Resort, Morib. Seramai 19 orang peserta.

Monday, October 12, 2009

Program Pasca Perkahwinan

PASCA PERKAHWINAN

Pengarah YPKT, En. Mohs Shafaruddin b Mustaffa bersama pengendali program Tuan Haji Ridzuan b Mohd Sagir dan Ketua Pen. Pengarah YPKT, En. Nazri b Yusof di majlis penyampaian sijil

Hulu Terengganu : Program Pasca Perkahwinan Peringkat Parlimen Setiu telah diadakan di Kenyir Lake Resort & Spa, Hulu Terengganu pada 16 Mei yang lalu. Program kali ini telah disertai lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada pasangan suami isteri yang majoriti usia perkahwinan di bawah 5 tahun.

Program selama satu hari ini dimulai dengan sesi taklimat pada jam 8.30 pagi dan berakhir dengan majlis penyampaian sijil pada jam 5.00 petang. Program telah dirasmikan oleh Pengarah YPKT, En. Mohd Shafaruddin bin Mustaffa. Turut hadir sama di majlis penyampaian sijil ialah Ketua Pen. Pengarah YPKT, En. Nazri bin Yusoff.

Program pada kali ini merupakan siri yang ke 6 pada tahun ini yang melibatkan para peserta daripada Parlimen Setiu. 5 program yang sama sebelum ini telah pun dilaksanakan di Parlimen Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu. Manakala 2 parlimen lagi iaitu Besut dan Dungun telah dijalankan pada 17 dan 18 Mei bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Besut dan Residence Resort, Paka.

Di antara objektif program ialah mengukuhkan hubungan suami isteri, memberi ilmu dan kemahiran keibubapaan serta melahirkan keluarga bahagia yang cemerlang dan seimbang. Statistik juga menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada kadar perceraian di Negeri Terengganu pada setiap tahun khususnya peringkat perkahwinan di bawah 5 tahun. Sehubungan itu, semua pasangan di Negeri Terengganu khususnya yang baru berkahwin amat digalakkan menyertai program ini

Thursday, September 3, 2009

Latarbelakang Impact

Impact Learning Resouces Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat latihan dan konsultan ditubuhkan pada tahun 2007. Fokus kami dalam Pembangunan Sumber Manusia dan Modal Insan. Impact Learning diteraju oleh Tuan Haji Ridzuan Sagir, En Muhammad Johar Buhkari dan En Syawal Azlan Abdulla Hassan. Sepanjang 2 tahun penubuhan kami telah membuat latihan untuk agensi kerajaan, swasta, institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah.

Monday, August 31, 2009

Selamat Bepuasa


Selamat Datang........Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak